Pages

Peminat-Peminat Wa

11 June 2010

TiPS TeNTaNG eKoN KeTe

Aduhh!!!..masalah tul kalu ekon kete rosak..dahla panas..mcm2 bau pun ado..kdg2 bau hangit..kdg2 bau udara dr luar..kdg2 tu bau angin kentut yg diperam bertahun2 lamenye...skrg ni cuaca panas kt luar lain mcm ckit..leh kene demam malaria tapuyuka dibuatnye..

nasib baikla ade membe wa sorg ni...die ni menteri ekon..die suruh wa sampaikn tips2 ni tuk sume kengkawan..ni la last pesanan dr die b4 die pejamkn mate...TIDO LA!!!..lom mati lg..hehe..

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ni terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dgn melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yg mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau luorg nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. So kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ni tak bergerak. Maksudnya kipas tu rosak dan perlu di tukar. Wa cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tapi pergerakannya tak laju, kipas tu perlu gak di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya luorg nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yg mengawal kemasukkan gas ke dlm cooling coil tersumbat atau rosak. Tuk menukar injap ni cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan wa cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kete2 yg diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Takde kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yg meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Mintak mekanik melaraskan suis ni supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Dlm perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ni berlaku kerana suis yg mengawal 'on' dan 'off' aircon tak dpt berfungsi dgn baik atau injiap yg mengawal gas masuk ke dlm cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dlm cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yg sejuk dan sebahagian lg panas. Sekiranya ni terjadi, berhentikan kereta luorg selama beberapa ketika (sehingga takde lg ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yg paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lg, maksudnya, injap atau suis aircon luorg perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdpt angin luar yg masuk ke dlm sistem saluran angin aircon kete luorg atau aircon luorg telah terlalu lama tak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yg terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil luorg telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

Sooo!!!...membe wa ni td ckp...kalu semue tips yg die bg ni pun tak mujarab..die suh luorg beli 1 peti sejuk BESARRRR PUNYEEE!!!..taruk kt dlm kete...mcm2 leh simpan..ikan,sayur,telo...so kete luorg leh jadi kete serbagune..Ciss!!!TAK GUNE!!!..

1 comment:

LadyGebuzz Gebabazz said...

Cakap pasal ekon ni kan,wa slalu bila kuar keta kan crmin mata wa jadi berkabus...cuma kalu time pasang ekon lerr..mmg tahu pun pasal ekon tu la crmin mate wa jadi cmtu,jd apa cadangan mr curly bagi mengatasi masalah wa ni???(sbnarnye wa ok jer ngan masalah ni tp saje je nak wat lu rujuk buku sains bg jawapan utk soalan genius wa ni).sekian,selamat menjawab n sila gunakan pensel 2B cap kapal api bagi kecemerlangan peperiksaan anda!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails