Semenjak 2,3,4menjak ni..bini wa sebokkk je nak diet...bg wa,die bukannye gumuk pun...cume gebugebas je...ok la tu!..wa rase bini wa ni dah termakan hasutan dr bespren die yg seorg ni..siap plan nk join selebriti fitness lg...last2 semue tu ilang camtu je..
Tibe2 pada 1mlm...wa dpt mimpi...pelik!pelik!..dlm mimpi tu,pisang bercakap dgn wa...(ade ke patut??)..lainla kalu Sulaiman Ahkelaken..hehe....pisang tu terangkn kt wa ape kelebihan yg ade kt buah pisang...
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa & glukosa yg digabungkan dgn gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dgn kadar segera & berterusan. Kajian yg tlh dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga tuk senaman selama 90 minit. Tak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu je, malah pisang juga amat sesuai tuk mencegah & merawat bbrp jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dm pemakanan kite seharian....
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – mkn je pisang. Vitamin B6 yg terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dm darah, yg bole mengembalikan mud luorg.
Anemia:
Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dlm darah, yg secara tak langsung membantu dlm kes2 anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ni mengandungi kadar potassium yg tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna tuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa exam dijalankan, dorg diberi mkn pisang tuk bekpes, rehat & mkn tghari. Keputusannya, buah pisang yg mengandungi kadar potassium yg tinggi dpt membantu pembelajaran dgn menjadikan pelajar2 tu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian luorg..pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil & besar.
Keletihan:
Salah 1 cara terbaik tuk mengurangkan keletihan ialah dgn membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut & dgn bantuan madu dpt bina semula kandungan gula dlm darah yg berkurangan akibat keletihan, manakala susu lak memperbetulkan sistem hidrasi semula luorg.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dlm badan. Oleh itu, jika luorg menghadapi rasa panas di jantung, cuba mkn pisang tuk pemulihan yg baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari tuk membantu memelihara kadar gula dlm darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cube sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg dah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yg tinggi yg dpt membantu menenangkan sistem saraf luorg
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan keje menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat & kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat keje2 tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan,tuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dlm darah dgn mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam tuk mengekalkan kadar yg stabil. Mknlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dlm pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut & tak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dgn bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang tuk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yg penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dpat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yg membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yg terdapat dlm pisang, ia dpt membantu tubuh kita dlm membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yg membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak & mengimbangi kandungan air dlm tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dpt diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, utuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, & sebagainya, amik sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin & mineral lain. Ia juga kaya dgn potassium & merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.
PS: Kesimpulannya, pisanglah penyebab utama nape monyet2 di hutan selalu sihat & hepi setiap mase.... 1 lg; ingin kilatkan kasut?? Amik bahagian dlm kulit pisang, sapukan terus kt kasut luorg,pastu kilatkan dgn kain kering. Menakjubkan!!!...
2 comments:
Pesan kat bini lu...mulakan sarapan pagi ngan pisang,diikuti tengahari juga pisang,ptg suh dia masak bubur pisang(pastu antar ke umah wa semangkuk),mlm sblm tido minum jus pisang...InsyaAllah bdn akan kmbali langsing...Tp soalan wa, prnah ke bini lu langsing sblm ni?????Jgn marah harr...nanti kna jual...hukhukhuk.
BananaGirl: wa penah wat cam lu suh tu dlu tp yg tak bestnye ble berak,betul2 ade sketul pisang cam bru pas diguren kt lubang jamban...2jam wa plas bru ilang bende tu..heheheheheheh..
Post a Comment